8/16/2017

Penyatuan persahabatan dalam satu pasukan

 Pasukan lelaki yang tak pernah menghampakan.
 Final exam kitchen dah selesai
Desert section


Sebut saja semester 3 semua orang terfikir commercial class yang ngeri dekat sini.commercial class untuk semester 3 kau kena redha dengan group yang di tetapkan oleh management,siapa jadi teammate kau,masa ni kau nak kenal siapa yang pemalas,siapa yang rajin,siapa banyak bagi idea,siapa banyak bagi masalah.

Almost dalam team aku alhamdulillah semua ok.affort yang memberangsangkan diorang bagi.kerjasama satu pasukan nak handle kitchen yang stress dengan kuantiti masakan yang banyak . especially bila kitchen kau bulan Ramadan.Nak siapkan lauk buffet,dugaan lapar dan dahaga kau,Tuhan je tahu macam mana.belum lg kalau kalau ada silap buat,silap masak,kena marah dengan chef,tekanan,semua tu kena hadap dengan sabar.apa paling penting kerjasama dengan rakan kau dalam team.tanpa kerjasama apa saja kau buat,apa saja kau masak tak akan menjadi.kau tak mampu buat kerja seorang diri.kau perlukan rakan kau,macam tu rakan kau perlukan kau,perlu ada chemistry orang kata.Nak taknak, benci tak benci kau kena juga bekerja dengan orang ni orang tu.

Mula je commercial class kitchen.masing masing risau,takut,nurvouse.benda pertama kau kena tahu ialah,susun atur barang dlm kitchen kau,mana rempah,mana garam,mana bahan basah,bila kau dah tahu senang kerja kau nak masak dalam kitchen. Minggu pertama hingga ketiga masa chef kau beri untuk kau bina teamwork kau.bina persefahaman.masa untuk kau kerja tanpa pantauan chef.masa kau handle sendiri kitchen kau,masa kau susun strategi untuk masak,masa,masa ni kau akan tahu siapa yang banyak tolong kau,siapa yang banyak bagi masalah dekat kau.bagi orang yang bagi masalah dekat kau,kau kena pandai handle orang tu.pandai kawal emosi,pandai kawal marah.semua orang marah dalam kitchen,emosi terganggu,suasana tegang,dengan order makanan masuk,mak fikir cara plating terbaik,kualiti makanan,rasa paling penting,commercial class team aku setiap Sabtu pukul 2.30.2.30 bukan maksud 2.30 baru kau datang.pukul 2 dah tunggu depan kitchen,kalau tak hadap la hukuman.bila chef habis briefing.maka bermula kerja kau dekat dapur.siapa jadi chef of the day(COD)Masa tu bertanggungjawab handle kitchen.dia akan bagi menu apa nak masak,method,siapa yang akan masak,kira Cod ni kau paling besar pangkat untuk haritu,besar pangkat tapi bila ada sikap kau orang pertama chef akan cari,haha

Bila tugas dah dapat,resepi dan method dah dapat,semua mula tugas,ada yang fokus laju buat kerja,ada yang tak faham, masa tu teamwork kau muncul,siapa siap kerja dulu dia bantu orang lain bukan kau siap kau tengok kawan kau tengah penat buat kerja sorang.nak cepat siap kena sama sama buat kerja.kau siap awal, tolong bahagian lain,almost bahagian paling lambat mestilah main course sebab banyak kena buat,so kalau kau duduk tempat appetizer,kerja kau dah siap,sila la ke main course or lain lain . selalu Cod akan cakap siapkan sebelum pukul 5pm.sebab pukul 5 waktu kau break.makan or rehatkan diri sekejap. 5.30pm kau masuk balik ambil pinggan dan mulakan tugasan Plating decoration dalam plate . 6.30pm customers mula masuk restoran.kau bersiap sedia dari Appetizer.bila order masuk,staff kau bahagian appetizer akan laju hntr makanan dekat cashier untuk server ambil dan hantar ke meja customer,ia berterusan sampai la ke desert.bila customer kau dah mula menikmati desert.masa tu tugas Cod untuk ambil komen tentang rasa,decoration.terima dengan redha apa sahaja komen walaupun komen yang customer kau bagi kadang kadang mengarut.


Plating Appetizer.

Mula kau akan rasa tak suka,susah dengan commercial class.bila masuk pertengahan kau akan rasa seronok,teamwork, rasa macam mana kau bekerja dengan kawan kau,siapkan makanan,penat sama sama,tapi kalau ada jenis kawan yang nak rehat dia je,boleh go die orang macam tu,Hahaha.Habis je sampai desert kau dah start kena kemas,bersihkan kitchen balik,cuci semua peralatan,pastikan chiller sentiasa kemas dan teratur,mop lantai,and yang terakhir briefing sebelum bersurai,masa tu kau dah terlalu penat dan sorang sorang muka dah barai tak macam orang dah,kalau teamwork kau baik,kau dapat pujian, kalau tak kau dapat makian,

Hari terakhir commercial class.

Bila habis commercial class kau,saat yang di nanti nantikan,spring cleaning.kau cuci balik segala benda yang kau dah pakai selama ni.periuk,kuali,singki,chiller,buang benda yang dah tak pakai,bersihkan kitchen kau untuk budak budak junior yang akan masuk semester 3 nanti,

Commercial class mengajar kau erti teamwork,erti kerjasama,erti kesabaran bila kena marah,kena maki,erti buat kerja satu pasukan,kunci kejayaan ialah KERJASAMA.

2/04/2016

TIRAMITSU MUDAH TAPI SEDAP

Assalamualaikum,selamat malam haha macam biasa la ni la waktu free nak mengupdate blog ni dengan resepi-resepi baru.Hari request ramai nak resepi tiramitsu yang sedap tu.so dengan sukacita harini akan di masukkan resepi tu.harap dengan perkongsian ni boleh la sesiapa nak mencuba silakan.

Bahan-Bahan Untuk menghasilkan Tiramitsu

*1 paket biskut marrie(tak kisah apa-apa jenama Tapi  saya syorkan jangan guna jenama tiger)
*250ml whipping cream tak kisah apa-apa jenama
*250ml cream cheese apa-apa jenama
*1/2 gula kastor
*1 cawan air nescafe kosong tanpa gula or pemanis tujuan dia untuk celup biskut nanti(kalau yang     tak suka kafin boleh guna milo or lain lain)
*serbuk koko


Cara-cara

sediakan mixer untuk adunkan whipping cream,cream cheese and gula kastor.Pastikan permulaan gunakan paling perlahan tak nak nanti habis satu dapur penuh cream hahaha,agak-agak dah sebati baru tingkatkan kelajuan sampai max untuk pastikan cream cheese dan whipping cream kembang Macam dalam gambar ni.


adunkan lebih kurang 10 minit bila dah siap boleh keluarkan bekas tu,macam dalam gambar ni dah siap dah.


Tengok pun dah rasa sedap hahaha tapi ni baru cream yang siap belum siap tiramitsu lagi...sediakan bahan-bahan seperti biskut,bekas untuk isi tiramitsu,bancuhan nescafe macam dalam gambar ni,

biskut marie

bancuhan nescafe

Ok sekarang saya dah mula celupkan biskut marie dalam bancuhan nescafe dan susunkan biskut marie dalam setiap bekas bekas macam dalam gambar ni



Celupkan biskut marie dalam bancuhan nescafe jangan terlalu lama,jangan sampai lembik,agak-agak biskut tu sedang-sedang tak berapa keras tak berapa lembik boleh la susun.lepas susun ni baru letak krim yang kita siapkan tadi

dah siap? belum lagi.teruskan step pertama tadi celupkan biskut marie dan susun,terpulang berapa layer anda nak buat,untuk bekas ni sasya buat 4 layer full sampai atas.

dah full sampai atas.Bila dah siapkan susun and letak krim dia.part akhir sekali taburkan koko di atas tiramitsu ni.gunakan penapis untuk pastikan koko tidak ada yang berketul dan sekata di atas tiramitsu.dan ni la hasilnya

siap tiramitsu yang sekian lama ramai request resepi dari saya cuma masa tak mengizinkan.cuba la memang mudah,bahan pun senang cari.

selamat mencuba^_^



2/03/2016

Salmon Grill bersama kentang lenyek dan sos putih

assalamualaikum,selamat pagi,haha ni je masa yang ada nak update resepi baru dalam blog,maklumlah siang siang sibuk je,Hari dalam peti ada salmon,apa lagi kita grillkan la hahaha so kali ni nak share resepi Salmon grill dengan sos putih,hidangan sampingan dia kentang lenyek.sedap memang sedap,salmon di masak cantik tak overcook.


Bahan-bahan salmon Grill

*1slide salmon tak kisah part mana janji ikan salmon
*2 sudu kecil serbuk paprika(kalau nak pedas)
*2 sudu besar serbuk lada hitam
*secubit garam
*secubit gula
*1 sudu rosmery(bagi aroma dan rasa dia lagi sedap)

Cara-cara

Senang je nak perapkan ikan salmon ni.bila dah cuci siap,saya lebih suka lapkan ikan tu tak nak bagi basah nanti bahan perapan tak melekat.bila ikan dah kering campurkan bahan-bahan di atas ke atas ikan salmon ni.pastikan kedua-dua bahagian sama rata kena bahan perapan tu.ni hasil dia bila dah siap campur bahan-bahan perapan

simpan dalam peti lebih kurang 1 jam untuk pastikan ikan ni meresap segala bahan-bahan perapan tadi.


Aagak-agak dah 1 jam or lebih boleh la kita panaskan pan dengan butter,masak ikan ni jangan terlampau lama sangat,takut nanti isi ikan ni jadi keras dah tak sedap.macam gambar di bawah ni saya  dah pangang dalam pan.

nampak sedapkan.ikan ni pun dah ada minyak so tak perlulah kita letak butter banyak sangat kan.agak agak dalam  3minit untuk sebelah bahagian,bahagian kulit bagi garing,bila dah siap  angkat dan letak tepi dulu kita siapkan kentang lenyek pulak.

Bahan-bahan kentang lenyek

*4 biji kentang
*1 cawan susu segar
*2 sudu besar serbuk lada hitam
*sedikit gula
*sedikit garam.

Cara-cara

ni resepi paling mudah dan senang,first kita rebus kentang tu sampai empuk,agak-agak dah empuk boleh di angkat dan di toskan,biarkan sejuk seketika baru di kupas kulitnya.Bila dah siap kupas lenyekkan dalam bekas yang besar supaya senang proses melenyek tu,macam dalam gambar ni.

rebuskan kentang.

haa!! kan nampak sedap tu,lenyekkan bersama bahan-bahan tadi biarkan dia sebati bila dah siap boleh di letakkan dalam bekas dan biarkan seketika.kita siapkan bahan terakhir iaitu kuah sos putih untuk di makan bersama salmon tadi.


Bahan-bahan sos putih berkrim

*2 sudu butter
*1/2 biji bawang besar
*1 sudu tepung gandum(tak perlu bancuh)
*1 cawan susu segar
*1/2 sudu kecil parsli kering(saya letak oregano,rosmery,thyme)
*secubit garam
*secubit gula.
*secubit serbuk lada hitam

cairkan butter ke dalam periuk.masukkan bawang merah yang di potong nipis biarkan ia naik wangi dan berkaremel.agak-agak dah layu sikit boleh masukkan tepung gandum gaul biar ia melekat bersama bawang bawang tersebut.kemudian boleh la di masukkan susu segar ke dalam bahan-bahan dalam periuk tu,gaul sebati ,pastikan tepung tersebut sebati dan tak berketul-ketul.untuk akhir sekali boleh la di masukkan garam,gula,sedikit serbuk lada hitam dan herb-herb tu.agak agak dah mendidih boleh la tutup api dan hidangkan bersama salmon dan kentang lenyek.kalau rasa kuah tersebut pekat boleh tambah lagi susu segar.boleh tengok hasilnya di bawah.memang sedap.kenyang.


selamat mencuba^_^

2/02/2016

Resepi Lamb Grill Herb

first time guna bloq.haha macam lawak kan,untuk first time ni saya nk share resepi kegemaran saya.apa lagi kalau bukan Lamb Grill.dengar nama pun dah rasa sedapnya la...rasa macam susah tapi sebenarnya senang.cuma kena rajin atau tak je..


Bahan-bahan perapan Lamb.

*7 keping lamb
*1 batang serai
*4 ulas bawang putih
*4 biji bawang besar
*3 sudu yellow mustard
*sedikit tyhme untuk menyerlahkan lagi rasa
*sedikit air

blendkan serai,bawang putih,bawang besar sehingga menjadi pes.kemudian curah ke dalam mangkuk.campurkan yellow mustard dan kacau sehingga sebati,untuk akhir sekali baru di campurkan tyhme ke dalam bahan perapan tersebut,bila dah siap bahan perapan tersebut.boleh di lumurkan pada lamb yang dah sedia tadi,seperti gambar di bawah...


maaflah bekas perapan tak seberapa...


bila dah siap perapan dalam 1 jam.bolah di grill or panggangkan lamb ni macam dalam gambar ni...

bila panggang ni bau dia punya la harum sebab bahan bahan perapan tadi...agak agak dah siap panggang semua lamb lamb ni boleh biarkan sekejap...


Untuk bahan-bahan kuah blackpaper herb ni bahan bahan dia...

*1 biji bawang holland(saya pakai bawang besar je)
*2 sudu besar tepung gandum
*1 sudu besar butter
*1 sudu besar sos tiram
*1 sudu besar sos black paper
*1 sudu besar kicap manis
*1 cawan air atau ikut kepekatan
*3 sudu besar lada hitam(blend sampai halus)
*Sedikit Oregano
* garam dan gula sucukup rasa.


mula-mula cairkan butter dalam periuk atau kuali.Bila dah cair boleh la masukkan bawang holland yang dah di potong.biarkan dia layu sikit,Tapi jangan sampai garinga tau,nanti pahit tak sedap.Bila dah layu masukkan tepung gandum,tak perlu bancuh tau,just kacau tepung tu jangan bagi berketul ketul.Bila dh sebati tepung tu dengan bawang,boleh la masukkan lada hitam yang kita dh blend tadi kacau kacau barulah masukkan air.Biarkan ia mendidih dalam beberapa minit.campurkan sos tiram,sos black paper dan kicap manis.kacau pelahan lahan.untuk akhir boleh Oregano,garam dan gula secukup rasa..boleh tengok gambar di bawah warna kuah black paper herb ni


OK  guy...semua  dah siap..boleh kita hidangkan lamb dan souce herb ni... itu dia sedap macam hotel 5 bintang resepi ni.mudah sangat sangat


Selamat mencuba ^_^